Syafinaz Selamat dikurnia gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Johor, Syafinaz Selamat dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

 

Pingat berkenaan dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Khamis.

 

Pingat berkenaan dibuat berdasarkan sumbangan Syafinaz kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

 

Syafinaz, 45, yang juga seorang konduktor dan guru vokal dan ketika ini terlibat sebagai konduktor dan ‘vocal master’ untuk Koir Permata Seni.

 

Popular menerusi lagu Ingin Bersamamu, Syafinaz juga adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal ‘master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

 

Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.

 

Turut menerima anugerah sama ialah 69 individu lain, termasuk Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi.

 

Sementara itu, seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

 

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

 

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *