Van syarikat keselamatan bawa RM4 juta terbalik

PETALING JAYA – Sebuah van syarikat keselamatan Security Amour yang membawa sejumlah wang kira-kira RM4 juta terbalik dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala SS7 Kelana Jaya, di sini, hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi, kemalangan turut melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Livina.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, berdasarkan laporan pemandu kereta berusia 44 tahun, van sekuriti telah memasuki laluan hadapannya hingga menyebabkannya dia gagal mengelak.

“Kereta yang dipandu wanita tempatan ini telah melanggar van tersebut dari arah belakang dan menyebabkan van berkenaan merempuh pembahagi jalan.

 

“Insiden itu menyebabkan van berkenaan terbalik dan menyebabkan dua penumpang di dalamnya mengalami kecederaan,” katanya.

 

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

 

Katanya, siasatan bagaimanapun masih dijalankan dan wang di dalam van terbabit juga selamat dipindahkan ke van yang lain.

 

sumber : Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *