GST dihapuskan, minyak disubsidi

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

 

Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan oleh kerajaan itu yakin untuk memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan.

 

“Kami perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang paling penting kita dapat menghapuskan ra­suah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap.

 

“Kami telah melakukannya sebelum ini, (selama) 57 tahun tidak ada GST, tiada masalah.

 

“Kami dapat mengendalikan. Tiada sebab me­ngapa ekonomi dipertaruhkan dan menjadi lebih teruk, jangan bimbang.

 

“Pada dasarnya, pengurus dana yang lebih bimbang tentang GST. Me­reka takut hutang akan meningkat. Kami tidak akan menaikkan hutang. Kami tidak bodoh.

 

“Ini adalah spekulasi yang tidak wajar. Ini merupakan tindak balas normal apabila kerajaan baharu mengambil alih,” kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini pada Sabtu lalu.

 

sumber : Kosmo   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *